Sunday, February 16, 2014

UMRAH 2013


Tanggal 11 Mac 2013 aku, isteri dan anak bungsu telah berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah sambil ziarah ke Muscat Oman. Aku menggunakan pakej dari Syarikat ANDALUSIA yang berjumlah lebih kurang hampir RM20 ribu bagi 3 orang sebilik. Alhamdullilah kami selamat menunaikan ibadat tersebut dengan jayanya dan moga-moga Allah menerima ibadat kami . amin...Jam 3 pagi kami bangun dan terus mandi sunat musafir dan sembahyang sunat musafir dua rakaat, semasa mandi badan aku terasa amat pedih kerana luka torehan bekam pada malam itu. Tak sangka upah bekam tu begitu mahal dan aku kena bayar sebanyak RM360 pada pembekam cekik darah tu. Guna nama badan ugama tapi menekan tak kira masa. Tapi tak mengapa asalkan badan aku ni sehat walafiat dan boleh memimpin isteri dan anak aku untuk melakukan tawaf dan saei. Semasa di Mekah banyak kawasan yang tela dirobohkan untuk memberi laluan projek-projek pembesaran, Menara Jam berdiri megah sehingga dari jauh sudah kelihatan. Hotel kami agak jauh kira-kira 700 meter ke Masjidil Haram, kami berjalan di dalam hiruk-pikuk bandar Mekah yang agak kotor dengan para jemaah lebih-lebih lagi dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh dll yang rasa amat kurang displin. Ke mana iman mereka ini jika sampah sarap juga tidak boleh dijaga, Alhamdulillah Tanah Suci itu di rahmati Allah walaupun penuh sesak ianya masih lagi dikunjungi.

No comments:

Post a Comment