Sunday, March 23, 2014

Di mana MH370??????

Sudah masuk 20 hari kapal terbang itu hilang tetapi masih belum dijumpai. Kemanakah ia menghilang?..hairan dan sungguh menghairankan kita semua. Semua peralatan yang canggih dari beberapa negara yang maju telah digunakan namun masih lagi  belum mendatangkan hasil. Cuma baru-baru ini beberapa objek telah dikesan oleh satelit Australia, China dan Perancis tapi ianya seolah-olah seperti satu permainan yang bila dicari masih tak jumpa. Itulah kebesaran dunia ini yang Allah jadikan , walaupun peralatan canggih digunakan namun bukan mudah untuk mencerap lautan yang Allah ciptakan. Bagi penulis rasenya kejadian-kejadian yang telah menimpa negara ini dari pencerobohan Tentera Sulu, Kemarau panjang, kehilangan MH370 dan beberapa peristiwa yang nampak kecil seperti maut akibat dadah nampaknya ia adalah satu bala yang Allah turunkan kepada negara ini agar lebih beringat bahawa Dialah yang maha berkuasa. Dari satu sudut penulis berasa anya perlu dipandang serius tentang keselamatan negara ini. Bagaimana rada  tentera telah dapat mengesan satu objek asing tetapi masih tiada tindakan setelah dua hari barulah ianya hendak disiasat. Kemanakah perginya kesiapsiagaan mereka-mereka yang telah dibayar untuk tanggungjawab ini dititikberatkan? Lalai dan cuai itulah sikap yang harus diletakkan ke atas mereka-mereka ini. Jika sekiranya mereka ini bersedia sudah pasti objek itu segera ditinjau dengan pesawat juang kita yang boleh dikatakan canggih. Kemana perginya kredabiliti mereka-mereka ini. Sungguh mudah negara ini dimasuki oleh musuh sebagaimana mudahnya pendatang-pendatang asing memasuki negara ini. Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah menyesakkan barulah tindakan diambil. Sungguh keciwa perkara-perkara ini boleh berlaku.