Thursday, April 29, 2010

Penat

Mengapa kebelakanangan ini aku sering aje penat bagai nak tumbang rasenya.  Munkin banyak sangat bekerja menyudahkan rumah aku yang sedang terbengkalai tu. Aduhhhhh....berserabutlah otak aku memikirkanya. Gate baru je siap sebelah .semalam aku cuba mengorek lubang pada plat besi yang ketebalannya dalam 3mm bagai nak rak rasenya bergegar satu badan aku namun besi tu tak juga dapat ditembusi malah mata drill aku yang kalah. Puas aku tekan tapi tak juga tembus dan akhirnya aku serahkan kerja tu pada wak indon Pandi namanya. Dia senyum dan bertanya siapa yang welding ni ?..aku jawab kawan abang yang buat kerana cara welding tu tak betul lekat.  Sebenarnya aku yang buat abis nak coverline lah katenya..hehe.