Monday, April 26, 2010

Si Tanggang Moden

Kita selalu mendengar atau menonton cerita Si Tanggang atau Malim Kundang yang derhaka kepada orang tua mereka sehingga disumpah menjadi batu. Itu semua sudah tahu bahawa cerita-cerita tersebut adalah merupakan cerita rakyat yang sudah disampaikan entah bermula dari bila.  Sebenarnya cerita-cerita yang berkenaan adalah hanya untuk menjadi pedoman dan amaran kepada mereka yang derhaka kepada ibubapa mereka. Kenapa dahulu bila disumpah menjadi ? dan sekarang tidak. Apakah orang dahulu sahaja yang afdal sedangkan orang sekarang tidak.  Benakku sering berfikir tentang gejala ini yang nampaknya semakin manular dikalangan anak-anak termasuk anak-anak aku sendiri.  Apakah mereka ini tidak didik dengan baik?  Apakah tidak di asuh dengan keras seperti orang dahulu. Seperti anak-anak aku juga,  sedari tadika lagi telah diasuh di Tadika Islam sehingga ke darjah 6. Malah ramai yang berebut-rebut menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama walaupun bayarannya mahal. Harapan mereka melepaskan hak pengisian agama di dalam jiwa anak-anak mereka adalah pihak sekolah. Sudah lama juga aku telah memikirkan kenapa ramai anak-anak muda sekarang yang terkenan dengan SiTanggang. Munkin Tanggang lebih baik dari mereka kerana jika dikaji dari jiwa tanggang bukan dia yang tidak mahu mengaku emaK TAPI KERANA malu justeru dari perancanaan kawan-kawannya yang cemburu. Disitu kita boleh analisis bahawa faktor masalah yang tidak menyebelahi Tanggang untuk memperbetulkan kebajikan emaknya sendiri.Tetapi perkara ini tidak ada pada anak-anak muda pada masa ini. Emak bapak mereka ada yang kaya, mewah bahkan ada yang bergelar jutawan tetapi mereka ini tidak mahu mendengar nasihat dari orang tua mereka. Kenapa begini.?