Thursday, September 30, 2010

Bersama Keluarga ke Langkawi

 Pada 12 Jun 2010 aku dan keluarga mengambil keputusan untuk bercuti ke Langkawi.  Semua anak-anak aku dan cucu serta menantu juga turut serta kecuali anak ku yang sulung.  Pada mulanya nak naik kereta tapi kereta aku tu ...ish buat aku fobia aje lagipun kami ni semuanya ada 7 orang termasuk cucu-cucu ku itu , haru jadinya. Sehubungan itu kamipun naiklah keretapi ke Arau , tambangnyapun murah.. nak ambil tempat tidur atau "first Class" tapi dah habis maklumlah musim cuti sekolah mahu tidak mahu naiklah Class Ekonomi. Dari rumah kami ke KL Central naik LRT ..seronok rasanya sebab dah lama tak melancung.Mengikut jadual Keretapi Jam 9.00pm ..haru juga menunggunya sehingga jam 11.00pm barulah kami mula bertolak. Kochnya takde beza dengan "First Class" cuma tiada TV aje.. Dalam perjalanan dari KL Central tu agak lancar dan seronok apatah lagi cucu-cucu ku yang tak senang duduk, ke sana kesini. Walau bagaimanapun keseronokan tu terganggu kerana kami semua kesejukan. MasyaAllah ini Koch Keretapi ke atau bilik sejuk simpan daging. Aku tak boleh tahan dengan kesejukan koch tu lalu mengadu kepada pegawai yang bertugas namun katanya alat penghawa dingin tu tidak boleh di perbetulkan lagi. huh!!!! mati aku nak tahan sejuk hingga ke Arau. Ramai di antara penumpang yang duduk di pintu masuk kerana disitulah keadaan yang tak sejuk. Ada pasangan yang merengkuk disitu sambil berselimut. Begitulah malangnya perjalanan kami yang seumpama menumpang free menaiki keretapi itu. Bilakah agaknya KTM akan memperkemaskan perkhidmatannya itu supaya lebih efisyen dan lebih profesional.