Sunday, March 23, 2014

Di mana MH370??????

Sudah masuk 20 hari kapal terbang itu hilang tetapi masih belum dijumpai. Kemanakah ia menghilang?..hairan dan sungguh menghairankan kita semua. Semua peralatan yang canggih dari beberapa negara yang maju telah digunakan namun masih lagi  belum mendatangkan hasil. Cuma baru-baru ini beberapa objek telah dikesan oleh satelit Australia, China dan Perancis tapi ianya seolah-olah seperti satu permainan yang bila dicari masih tak jumpa. Itulah kebesaran dunia ini yang Allah jadikan , walaupun peralatan canggih digunakan namun bukan mudah untuk mencerap lautan yang Allah ciptakan. Bagi penulis rasenya kejadian-kejadian yang telah menimpa negara ini dari pencerobohan Tentera Sulu, Kemarau panjang, kehilangan MH370 dan beberapa peristiwa yang nampak kecil seperti maut akibat dadah nampaknya ia adalah satu bala yang Allah turunkan kepada negara ini agar lebih beringat bahawa Dialah yang maha berkuasa. Dari satu sudut penulis berasa anya perlu dipandang serius tentang keselamatan negara ini. Bagaimana rada  tentera telah dapat mengesan satu objek asing tetapi masih tiada tindakan setelah dua hari barulah ianya hendak disiasat. Kemanakah perginya kesiapsiagaan mereka-mereka yang telah dibayar untuk tanggungjawab ini dititikberatkan? Lalai dan cuai itulah sikap yang harus diletakkan ke atas mereka-mereka ini. Jika sekiranya mereka ini bersedia sudah pasti objek itu segera ditinjau dengan pesawat juang kita yang boleh dikatakan canggih. Kemana perginya kredabiliti mereka-mereka ini. Sungguh mudah negara ini dimasuki oleh musuh sebagaimana mudahnya pendatang-pendatang asing memasuki negara ini. Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah menyesakkan barulah tindakan diambil. Sungguh keciwa perkara-perkara ini boleh berlaku.

Monday, February 17, 2014

What does it mean when we have 20-20 vision?

The first number in your visual acuity grade is always 20.  That's because the 20 is a reference to the distance, in feet, you are standing or sitting from the eye chart.  The distance is not a coincidence.  Rays of light are just about parallel 20 feet (about 6 m) from the eye chart, so that the muscle controlling the shape of the lens in a normal eye is in state of relative rest when viewing the chart.  Ideally, your eyes should be operating under optimal conditions during the eye test.

Sunday, February 16, 2014

Money, money, money

Are Millioner was  made from money? The answer is yes coz only money can make people rich and become a millioner. Without it you can be nothing. Just like me or maybe you. So how we are going to get it and make us rich?. Can you all give me a suggestion or plan to get it?. What about we help each other from all over the world lets contribute just  a dollar to your account turn by turn i thinks its will happend. Ha ha ha its make me crazy coz not all of us are sincere.
UMRAH 2013


Tanggal 11 Mac 2013 aku, isteri dan anak bungsu telah berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah sambil ziarah ke Muscat Oman. Aku menggunakan pakej dari Syarikat ANDALUSIA yang berjumlah lebih kurang hampir RM20 ribu bagi 3 orang sebilik. Alhamdullilah kami selamat menunaikan ibadat tersebut dengan jayanya dan moga-moga Allah menerima ibadat kami . amin...Jam 3 pagi kami bangun dan terus mandi sunat musafir dan sembahyang sunat musafir dua rakaat, semasa mandi badan aku terasa amat pedih kerana luka torehan bekam pada malam itu. Tak sangka upah bekam tu begitu mahal dan aku kena bayar sebanyak RM360 pada pembekam cekik darah tu. Guna nama badan ugama tapi menekan tak kira masa. Tapi tak mengapa asalkan badan aku ni sehat walafiat dan boleh memimpin isteri dan anak aku untuk melakukan tawaf dan saei. Semasa di Mekah banyak kawasan yang tela dirobohkan untuk memberi laluan projek-projek pembesaran, Menara Jam berdiri megah sehingga dari jauh sudah kelihatan. Hotel kami agak jauh kira-kira 700 meter ke Masjidil Haram, kami berjalan di dalam hiruk-pikuk bandar Mekah yang agak kotor dengan para jemaah lebih-lebih lagi dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh dll yang rasa amat kurang displin. Ke mana iman mereka ini jika sampah sarap juga tidak boleh dijaga, Alhamdulillah Tanah Suci itu di rahmati Allah walaupun penuh sesak ianya masih lagi dikunjungi.

Monday, February 10, 2014

Entah berapa lama lagi aku akan hidup di muka bumi Allah ini. Terasa bagaikan sudah lama hingga kadang-kadang terasa bosan.  Hidup seperti dulu juga tidak naik mahupun turun . Entah bila aku boleh bersara dengan pekerjaan yang memberi sumbangan dana buat aku hidup dimuka bumi ini. Ramai kawan-kawan ku telah samada bersara mahupun bersara dari hidup di mukabimi ini. Bagi aku hidup ini perlu diteruskan dan saki baki hidup ini perlu aku penuhkan dengan rahmat Allah agar kehidupan yang abadi akan berbahagia selama-lamanya. Namun gangguan-gangguan iman sering kali melanda hidup ku sehingga sukar untuk aku hindarinya.  Di saat ini juga aku segera mencari pencipta kehidupan ini tapi masih teraba-raba di dalam kegelapan.  Subuh bakal menjelang tapi yang ku cari masih tidak dapat dipegang. Moga pencarian ku ini dirahmati oleh Nya. Amin

Tuesday, June 12, 2012

Monday, April 25, 2011

Kenapa takde orang nak masuk blog aku

Rasenya dah hampir 4 tahun aku buka blog sendiri tapi malangnya sorangpun x pernah nak join blog aku, apa yang kurang ye?..Kecewa rasanya bila takda yang nak join,

Thursday, October 21, 2010

Budget oh Budget 2011

Tanggal 15 Disember 2010 PM kita telah membentangkan budget 2011.  Panjang lebar yang dibentangkan dan nampaknya ia lebih berpihak kepada Kementerian Pembangunan Wanita.  Pelik kenapa lelaki tiada kementerian? Jika kaum lelaki tidak diberi pembangunan bagaimana wanita akan dibela?. Siapakah diantara kita yang patut diambil peduli? Lelaki atau Wanita? Cuba kita semak kebelakangan ini ramai juga lelaki yang gilo mengoyan, sembelih anak, pancung isteri rogol sana , kenapa semuani terjadi? Pernahkah seorang Menteri yang cuba mengkaji kenapa keadaan ini berlaku? Cuba kaji. Jika dilihat dari segi pekerjaan ramai lelaki dari negara lain yang telah merampasnya dari lelaki negara ini. Cuba lihat kedi gunting rambut dan kedai runcit serta kerja-kerja pembinaan semuanya disapu oleh orang lain. Sudahlah subsidi yang sepatutnya dinikmati juga telah disapu oleh orang lain. Jadi apakah yang tinggal untuk kaum lelaki di negara ini. Banyak jawatan-jawatan sekto Awam dan swasta yang telah diberikan kepada wanita. Sehingga juruterbang tenterapun diberi kepada wanita. Ish hampas kah lelaki di negara ini ? padanlah ramai lelaki dinegara ini yang nak jadi perempuan. Susah sangat jadi gay dan yang perempuan pula dah ramai yang cuba nak jadi lelaki (pernkid) kerana ramai perempuan yang tak kawin-kawin sebab ramai di antara lelaki tulin yang takde wang kerana kurang berpendapatan. Aku geli tenguk pernkid tu macam sial dengan rambut pendek punggung besar pakai seluar gelebih sambil merokok. Memang Sial perempuan yang seperti ini , padanlah Tuhan melaanatkan perempuan yang begini begitu juga dengan banyaknya sotong yang terdiri dari kaum lelaki. Adakah Wakil Raayat atau Menteri yang diberikuasa bertindak ke atas perkara ini? Bertindaklah dari sekarang! Lemah! Kenapa Konsert Adam Lambert yang terang2 mengaku Gay boleh masuk ke Malaysia? Kenapa? agaknya yang beri permit tu pun Gay kot.Nauzubillah pohon pada Allah supaya tidak ada menteri2 kita yang gay ataupun lesbian. yang nampak ramai yang sotong. Cakap aje yang berdekah2 kat rumah takut kat bini .

Thursday, September 30, 2010

Bersama Keluarga ke Langkawi

 Pada 12 Jun 2010 aku dan keluarga mengambil keputusan untuk bercuti ke Langkawi.  Semua anak-anak aku dan cucu serta menantu juga turut serta kecuali anak ku yang sulung.  Pada mulanya nak naik kereta tapi kereta aku tu ...ish buat aku fobia aje lagipun kami ni semuanya ada 7 orang termasuk cucu-cucu ku itu , haru jadinya. Sehubungan itu kamipun naiklah keretapi ke Arau , tambangnyapun murah.. nak ambil tempat tidur atau "first Class" tapi dah habis maklumlah musim cuti sekolah mahu tidak mahu naiklah Class Ekonomi. Dari rumah kami ke KL Central naik LRT ..seronok rasanya sebab dah lama tak melancung.Mengikut jadual Keretapi Jam 9.00pm ..haru juga menunggunya sehingga jam 11.00pm barulah kami mula bertolak. Kochnya takde beza dengan "First Class" cuma tiada TV aje.. Dalam perjalanan dari KL Central tu agak lancar dan seronok apatah lagi cucu-cucu ku yang tak senang duduk, ke sana kesini. Walau bagaimanapun keseronokan tu terganggu kerana kami semua kesejukan. MasyaAllah ini Koch Keretapi ke atau bilik sejuk simpan daging. Aku tak boleh tahan dengan kesejukan koch tu lalu mengadu kepada pegawai yang bertugas namun katanya alat penghawa dingin tu tidak boleh di perbetulkan lagi. huh!!!! mati aku nak tahan sejuk hingga ke Arau. Ramai di antara penumpang yang duduk di pintu masuk kerana disitulah keadaan yang tak sejuk. Ada pasangan yang merengkuk disitu sambil berselimut. Begitulah malangnya perjalanan kami yang seumpama menumpang free menaiki keretapi itu. Bilakah agaknya KTM akan memperkemaskan perkhidmatannya itu supaya lebih efisyen dan lebih profesional.

Thursday, April 29, 2010

Penat

Mengapa kebelakanangan ini aku sering aje penat bagai nak tumbang rasenya.  Munkin banyak sangat bekerja menyudahkan rumah aku yang sedang terbengkalai tu. Aduhhhhh....berserabutlah otak aku memikirkanya. Gate baru je siap sebelah .semalam aku cuba mengorek lubang pada plat besi yang ketebalannya dalam 3mm bagai nak rak rasenya bergegar satu badan aku namun besi tu tak juga dapat ditembusi malah mata drill aku yang kalah. Puas aku tekan tapi tak juga tembus dan akhirnya aku serahkan kerja tu pada wak indon Pandi namanya. Dia senyum dan bertanya siapa yang welding ni ?..aku jawab kawan abang yang buat kerana cara welding tu tak betul lekat.  Sebenarnya aku yang buat abis nak coverline lah katenya..hehe.

Monday, April 26, 2010

Si Tanggang Moden

Kita selalu mendengar atau menonton cerita Si Tanggang atau Malim Kundang yang derhaka kepada orang tua mereka sehingga disumpah menjadi batu. Itu semua sudah tahu bahawa cerita-cerita tersebut adalah merupakan cerita rakyat yang sudah disampaikan entah bermula dari bila.  Sebenarnya cerita-cerita yang berkenaan adalah hanya untuk menjadi pedoman dan amaran kepada mereka yang derhaka kepada ibubapa mereka. Kenapa dahulu bila disumpah menjadi ? dan sekarang tidak. Apakah orang dahulu sahaja yang afdal sedangkan orang sekarang tidak.  Benakku sering berfikir tentang gejala ini yang nampaknya semakin manular dikalangan anak-anak termasuk anak-anak aku sendiri.  Apakah mereka ini tidak didik dengan baik?  Apakah tidak di asuh dengan keras seperti orang dahulu. Seperti anak-anak aku juga,  sedari tadika lagi telah diasuh di Tadika Islam sehingga ke darjah 6. Malah ramai yang berebut-rebut menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Agama walaupun bayarannya mahal. Harapan mereka melepaskan hak pengisian agama di dalam jiwa anak-anak mereka adalah pihak sekolah. Sudah lama juga aku telah memikirkan kenapa ramai anak-anak muda sekarang yang terkenan dengan SiTanggang. Munkin Tanggang lebih baik dari mereka kerana jika dikaji dari jiwa tanggang bukan dia yang tidak mahu mengaku emaK TAPI KERANA malu justeru dari perancanaan kawan-kawannya yang cemburu. Disitu kita boleh analisis bahawa faktor masalah yang tidak menyebelahi Tanggang untuk memperbetulkan kebajikan emaknya sendiri.Tetapi perkara ini tidak ada pada anak-anak muda pada masa ini. Emak bapak mereka ada yang kaya, mewah bahkan ada yang bergelar jutawan tetapi mereka ini tidak mahu mendengar nasihat dari orang tua mereka. Kenapa begini.?

Sunday, April 18, 2010

Ape Dah Jadi

Hai,

Semalam aku nonton rancangan MENTOR di tv 3 lalu aku terpegun melihatkan ada juga manusia di Malaysia ini yang begitu berani berhadapan dengan kamera dengan aksi-aksi yang memalukan. Fikiran aku terus fokus kepada pemilihan peserta-pesera American Idol dan menyaksikan adegan yang sama berlaku di rancangan itu. Pengajaran yang aku boleh kesan dari rancangan-rancangan ini dan kajian terhadap jiwa manusia sekarang memang sudah di tahap yang merbahaya. Cuba kita lihat bagaimana tingkah laku para peserta yang tidak terpilih....mereka meluahkan perasaan keciwa dengan begitu mudah...tanpa segan silu melaung ..menangis dikhalayak ramai bahkan adegan itu telah disiarkan keseluruh negara.  Sungguh memalukan bagaikan tiada maruah harga diri seorang wanita yang terlalu keciwa menangis tanpa kisah dimana kah dia berada ....dan seorang lagi peserta lelaki yang berdialog dengan ibubapanya hanya menggunakan gantinama "aku" cis manusia apekah yang sudah dihasilkan oleh negara ini ?. Apakah manusia jenis begini kah yang bakal memenuhi bumi ini? MasyaAllah jika inilah jenis manusia yang bakal memenuhi bumi ini dan bakal menjadi pemimpin, sudah pasti dunia ini bakal musnah. Belum lagi kita lihat yang membuang bayi...janin, yang membunuh kaum keluarga....sahabat handai ....aduhhhh!. Kita perlu bertindak dari sekarang sebelum terlambat. Kita perlu buat kajian dari semua aspek ....tontonan , makanan...pakaian..
dan sebagainya. Pernah juga saya berfikir tentang masalah ini dan melihat dalam diri aku juga yang menghasilkan jenerasi masa depan. Pernah juga benak ku ini menyalahkan diri aku sendiri kerana kesalahan sendiri yang tersembunyi dan aku boleh merasakan bahawa apa yang berlaku di sepanjang hidupku ini adalah hasil dari kesalahan ku yang tersembunyi.....jadi aku pasrah. Sehubungan dengan itu aku dapat rasekan bahawa apa yang berlaku terhadap jiwa manusia pada masa ini adalah hasilo dari kesalahan tersembunyi dari baka mereka sendiri. Cuba lihat berapa ramai cerdikpandai yang keluar dari Univesiti? Bahkan ada yang telahpun menjadi pemimpin tapi jiwa mereka kosong. Kenape ya ? Apakah di Universiti atau Kolej yang ada di negara ini kurang mengajar Ilmu Jiwa?...apakah mereka ini kurang makan?Apakah mereka ini kurang disuntik dengan ajaran agama. Jawapannya tidak samasekali  bahkan anak aku sendiri telah bersekolah agama sejak Tadika lagi sehingga ke darjah enam tapi kenapa mereka sukar untuk mendengar nasihat dan tunjukajar dari ibubapa? kenapa mereka begitu kasar dengan ibubapa? Nah inilah persoalan yang kerap bermain dibenakku ini. Aku ingin mengkajinya tapi aku tidak punya sijil yang diiktiraf untuk mengkaji dan ilmu juga , apa yang aku ada adalah pengalaman realiti drama dunia yang berlaku dihadapan ku pada masa ini. Cuba kita lihat berapa ramai orang-orang yang banyak duit tapi anak-anak mereka hampes belaka ? Nah kenapa ya? sedangkan mereka ini tiada halangan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen yang canggih-canggih dan mahal-mahal.

Wednesday, April 14, 2010

Gempa Sana Gempa Sini

Kalau tak silap akulah kejadian gempa nampaknya dah sering berlaku. dulu kat Haiti pastu Chilie seemalam pulak kat China. Nampaknya bumi ni dah bertambah tua dan dah mulai rapuh. Apa kah ia boleh bertahan sehingga hari esok?  lusa ? ataupun sehingga Tahun 2012 sebagaimana yang telah diramalkan bahawa bumi ini akan mempunyai perubahan yang amat besar. Sebenarnya aku runsing dengan perkara ini dan setiap kejadian yang menimpa bumi ini akan menjadi satu peringatan kepada benak ini lalu teringat kepada Allah yang menciptanya. Sepatutnya bukan aku seorang yang begitu tapi semua umat manusia yang menduduki bumi ini. Jika begitu nescaya bumi ini akan terpelihara dan dunia bakal menjadi aman.  Secara ikhlaslah aku nak memberitahu bahawa di saat ini aku memang sayangkan bumi ini. Aku mulai hargai setiap pokok yang tumbuh di mukabumi ini bahkan aku sangat marah jika ada yang hendak ditebang. Dihadapan Pejabat aku tertegak dua batang pokok yang akupun tidak tahu namanya dan rasenya ia sudah mencapai beratus-ratus tahun. Lihat saje kulitnya tersangat keras umpama sisik ikan yang hidup beratus tahun lamanya. Walaupun setengah dahannya dicantas bagi keselamatan bangunan disekelilingnya tapi ia tetap terpelihara.

Tuesday, April 13, 2010

Money...Money...Money...

Money...Money....Money where are u Money?...camon baby i need u so much and miss u ...muaah..heheheh. I am sure everybody in this world would reac just like me...sure u dont hide what is in ur heart. Semua orang memerlukan wang...itulah sebabnya ramai yang jadi tak menentu kerana wang. Ada orang yang membahayakan diri kerana wang..ada yang bermusuhan kerana wang....ada yang mati kerana wang. Cuba tanya perompak kenapa mereka merompak?....cuba tanya PATI kenapa mereka menyemakkan KUala Lumpur ni.....Cuba tanya Wakil-wakil rakyat kenapa beria-ria bangat nak jadi Wakil......Entahlah dunia ni. Jika kita balik semula ke belakang semasa zaman Buter camne agaknya ye?..tak guna duit. cuma tukar barang . rasenya ramai yang bogel . hahah syok gak kan jika awek yang .......

Kenapa manusia Mengantuk?

Kenapa kita mengantuk ?..Letih?..memang itu tandanya nak kena tidorlah, atau kini ramai yang kerap mengantuk kerana tak cukup tidor. aku pun sedang mengantuk juga ni....entahlah kebelakangan ni asyik mengantuk aje bila dok kat opis ni. Aicond ada sejuk juga tapi mata ni dok layu aje kenape ek?. Munkin keletihan yang melanda fikiran dan fizikal aku ketika ini. Banyak perkara yang aku kena fikirkan. Ingatkan umur dah bertambah ni kuranglah berfikir gupanya makin serabut nampaknya. Nak pencen masih ada 7 tahun lagi, nak pencen awal lak pitik takdek. Sebenarnya keletihan aku ni adalah ekoran dari mula renovate rumahlah ni, rumah tak juga siap, gate terngangah lagi. tile depan dan bilik tak pasang-pasang lagi ish. Upah orang Indon - Pak Munar RM12,000.00 tak sempat nak abis jari dia lak kena gergaji.... jenuh aku kejarkan dia ke Hospital Selayang jadi aku terus tamatkan kontrak dia.  Duit dah banyak abis ni rumah tak juga siap. Haiii entahlah terpaksalah aku habiskan kerja-kerja dia yang tak sudah. Mana tak letih otak fikiran ku ini. UUUUhhh WaaaH! ish tak ilang pulak ngantuk ni.... camne nak tulis blog ni...

Wednesday, October 14, 2009

Facing The final Journey

Well finaly i reach the no 50 of my age. Fuh! am i realy contious about it? May be sometime but mostly not. its bad for me because i'm already 50 and tomorrow its become more and more and finaly its come to the final journey. Am i still rememberwhat have i dont for  the last 50 years ago ? off caused i still can remember it but its started when i was 7years old. I still can remember it where there was a lots off fruit trees srounding my house just like a manggosteen tree, rambutan tree, rubber tree, coconut tree and others. Do you know how i feel? its cool and fresh. Today there are no more trees but only houses and its become more warm and clumsy and can you emagine how this minor situation can change the climate.