Sunday, April 18, 2010

Ape Dah Jadi

Hai,

Semalam aku nonton rancangan MENTOR di tv 3 lalu aku terpegun melihatkan ada juga manusia di Malaysia ini yang begitu berani berhadapan dengan kamera dengan aksi-aksi yang memalukan. Fikiran aku terus fokus kepada pemilihan peserta-pesera American Idol dan menyaksikan adegan yang sama berlaku di rancangan itu. Pengajaran yang aku boleh kesan dari rancangan-rancangan ini dan kajian terhadap jiwa manusia sekarang memang sudah di tahap yang merbahaya. Cuba kita lihat bagaimana tingkah laku para peserta yang tidak terpilih....mereka meluahkan perasaan keciwa dengan begitu mudah...tanpa segan silu melaung ..menangis dikhalayak ramai bahkan adegan itu telah disiarkan keseluruh negara.  Sungguh memalukan bagaikan tiada maruah harga diri seorang wanita yang terlalu keciwa menangis tanpa kisah dimana kah dia berada ....dan seorang lagi peserta lelaki yang berdialog dengan ibubapanya hanya menggunakan gantinama "aku" cis manusia apekah yang sudah dihasilkan oleh negara ini ?. Apakah manusia jenis begini kah yang bakal memenuhi bumi ini? MasyaAllah jika inilah jenis manusia yang bakal memenuhi bumi ini dan bakal menjadi pemimpin, sudah pasti dunia ini bakal musnah. Belum lagi kita lihat yang membuang bayi...janin, yang membunuh kaum keluarga....sahabat handai ....aduhhhh!. Kita perlu bertindak dari sekarang sebelum terlambat. Kita perlu buat kajian dari semua aspek ....tontonan , makanan...pakaian..
dan sebagainya. Pernah juga saya berfikir tentang masalah ini dan melihat dalam diri aku juga yang menghasilkan jenerasi masa depan. Pernah juga benak ku ini menyalahkan diri aku sendiri kerana kesalahan sendiri yang tersembunyi dan aku boleh merasakan bahawa apa yang berlaku di sepanjang hidupku ini adalah hasil dari kesalahan ku yang tersembunyi.....jadi aku pasrah. Sehubungan dengan itu aku dapat rasekan bahawa apa yang berlaku terhadap jiwa manusia pada masa ini adalah hasilo dari kesalahan tersembunyi dari baka mereka sendiri. Cuba lihat berapa ramai cerdikpandai yang keluar dari Univesiti? Bahkan ada yang telahpun menjadi pemimpin tapi jiwa mereka kosong. Kenape ya ? Apakah di Universiti atau Kolej yang ada di negara ini kurang mengajar Ilmu Jiwa?...apakah mereka ini kurang makan?Apakah mereka ini kurang disuntik dengan ajaran agama. Jawapannya tidak samasekali  bahkan anak aku sendiri telah bersekolah agama sejak Tadika lagi sehingga ke darjah enam tapi kenapa mereka sukar untuk mendengar nasihat dan tunjukajar dari ibubapa? kenapa mereka begitu kasar dengan ibubapa? Nah inilah persoalan yang kerap bermain dibenakku ini. Aku ingin mengkajinya tapi aku tidak punya sijil yang diiktiraf untuk mengkaji dan ilmu juga , apa yang aku ada adalah pengalaman realiti drama dunia yang berlaku dihadapan ku pada masa ini. Cuba kita lihat berapa ramai orang-orang yang banyak duit tapi anak-anak mereka hampes belaka ? Nah kenapa ya? sedangkan mereka ini tiada halangan menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen yang canggih-canggih dan mahal-mahal.

No comments:

Post a Comment