Wednesday, April 14, 2010
Gempa Sana Gempa Sini
Kalau tak silap akulah kejadian gempa nampaknya dah sering berlaku. dulu kat Haiti pastu Chilie seemalam pulak kat China. Nampaknya bumi ni dah bertambah tua dan dah mulai rapuh. Apa kah ia boleh bertahan sehingga hari esok? lusa ? ataupun sehingga Tahun 2012 sebagaimana yang telah diramalkan bahawa bumi ini akan mempunyai perubahan yang amat besar. Sebenarnya aku runsing dengan perkara ini dan setiap kejadian yang menimpa bumi ini akan menjadi satu peringatan kepada benak ini lalu teringat kepada Allah yang menciptanya. Sepatutnya bukan aku seorang yang begitu tapi semua umat manusia yang menduduki bumi ini. Jika begitu nescaya bumi ini akan terpelihara dan dunia bakal menjadi aman. Secara ikhlaslah aku nak memberitahu bahawa di saat ini aku memang sayangkan bumi ini. Aku mulai hargai setiap pokok yang tumbuh di mukabumi ini bahkan aku sangat marah jika ada yang hendak ditebang. Dihadapan Pejabat aku tertegak dua batang pokok yang akupun tidak tahu namanya dan rasenya ia sudah mencapai beratus-ratus tahun. Lihat saje kulitnya tersangat keras umpama sisik ikan yang hidup beratus tahun lamanya. Walaupun setengah dahannya dicantas bagi keselamatan bangunan disekelilingnya tapi ia tetap terpelihara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment