Sunday, March 23, 2014

Di mana MH370??????

Sudah masuk 20 hari kapal terbang itu hilang tetapi masih belum dijumpai. Kemanakah ia menghilang?..hairan dan sungguh menghairankan kita semua. Semua peralatan yang canggih dari beberapa negara yang maju telah digunakan namun masih lagi  belum mendatangkan hasil. Cuma baru-baru ini beberapa objek telah dikesan oleh satelit Australia, China dan Perancis tapi ianya seolah-olah seperti satu permainan yang bila dicari masih tak jumpa. Itulah kebesaran dunia ini yang Allah jadikan , walaupun peralatan canggih digunakan namun bukan mudah untuk mencerap lautan yang Allah ciptakan. Bagi penulis rasenya kejadian-kejadian yang telah menimpa negara ini dari pencerobohan Tentera Sulu, Kemarau panjang, kehilangan MH370 dan beberapa peristiwa yang nampak kecil seperti maut akibat dadah nampaknya ia adalah satu bala yang Allah turunkan kepada negara ini agar lebih beringat bahawa Dialah yang maha berkuasa. Dari satu sudut penulis berasa anya perlu dipandang serius tentang keselamatan negara ini. Bagaimana rada  tentera telah dapat mengesan satu objek asing tetapi masih tiada tindakan setelah dua hari barulah ianya hendak disiasat. Kemanakah perginya kesiapsiagaan mereka-mereka yang telah dibayar untuk tanggungjawab ini dititikberatkan? Lalai dan cuai itulah sikap yang harus diletakkan ke atas mereka-mereka ini. Jika sekiranya mereka ini bersedia sudah pasti objek itu segera ditinjau dengan pesawat juang kita yang boleh dikatakan canggih. Kemana perginya kredabiliti mereka-mereka ini. Sungguh mudah negara ini dimasuki oleh musuh sebagaimana mudahnya pendatang-pendatang asing memasuki negara ini. Sudah menjadi kebiasaan apabila sudah menyesakkan barulah tindakan diambil. Sungguh keciwa perkara-perkara ini boleh berlaku.

Monday, February 17, 2014

What does it mean when we have 20-20 vision?

The first number in your visual acuity grade is always 20.  That's because the 20 is a reference to the distance, in feet, you are standing or sitting from the eye chart.  The distance is not a coincidence.  Rays of light are just about parallel 20 feet (about 6 m) from the eye chart, so that the muscle controlling the shape of the lens in a normal eye is in state of relative rest when viewing the chart.  Ideally, your eyes should be operating under optimal conditions during the eye test.

Sunday, February 16, 2014

Money, money, money

Are Millioner was  made from money? The answer is yes coz only money can make people rich and become a millioner. Without it you can be nothing. Just like me or maybe you. So how we are going to get it and make us rich?. Can you all give me a suggestion or plan to get it?. What about we help each other from all over the world lets contribute just  a dollar to your account turn by turn i thinks its will happend. Ha ha ha its make me crazy coz not all of us are sincere.
UMRAH 2013


Tanggal 11 Mac 2013 aku, isteri dan anak bungsu telah berlepas ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah sambil ziarah ke Muscat Oman. Aku menggunakan pakej dari Syarikat ANDALUSIA yang berjumlah lebih kurang hampir RM20 ribu bagi 3 orang sebilik. Alhamdullilah kami selamat menunaikan ibadat tersebut dengan jayanya dan moga-moga Allah menerima ibadat kami . amin...Jam 3 pagi kami bangun dan terus mandi sunat musafir dan sembahyang sunat musafir dua rakaat, semasa mandi badan aku terasa amat pedih kerana luka torehan bekam pada malam itu. Tak sangka upah bekam tu begitu mahal dan aku kena bayar sebanyak RM360 pada pembekam cekik darah tu. Guna nama badan ugama tapi menekan tak kira masa. Tapi tak mengapa asalkan badan aku ni sehat walafiat dan boleh memimpin isteri dan anak aku untuk melakukan tawaf dan saei. Semasa di Mekah banyak kawasan yang tela dirobohkan untuk memberi laluan projek-projek pembesaran, Menara Jam berdiri megah sehingga dari jauh sudah kelihatan. Hotel kami agak jauh kira-kira 700 meter ke Masjidil Haram, kami berjalan di dalam hiruk-pikuk bandar Mekah yang agak kotor dengan para jemaah lebih-lebih lagi dari India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh dll yang rasa amat kurang displin. Ke mana iman mereka ini jika sampah sarap juga tidak boleh dijaga, Alhamdulillah Tanah Suci itu di rahmati Allah walaupun penuh sesak ianya masih lagi dikunjungi.

Monday, February 10, 2014

Entah berapa lama lagi aku akan hidup di muka bumi Allah ini. Terasa bagaikan sudah lama hingga kadang-kadang terasa bosan.  Hidup seperti dulu juga tidak naik mahupun turun . Entah bila aku boleh bersara dengan pekerjaan yang memberi sumbangan dana buat aku hidup dimuka bumi ini. Ramai kawan-kawan ku telah samada bersara mahupun bersara dari hidup di mukabimi ini. Bagi aku hidup ini perlu diteruskan dan saki baki hidup ini perlu aku penuhkan dengan rahmat Allah agar kehidupan yang abadi akan berbahagia selama-lamanya. Namun gangguan-gangguan iman sering kali melanda hidup ku sehingga sukar untuk aku hindarinya.  Di saat ini juga aku segera mencari pencipta kehidupan ini tapi masih teraba-raba di dalam kegelapan.  Subuh bakal menjelang tapi yang ku cari masih tidak dapat dipegang. Moga pencarian ku ini dirahmati oleh Nya. Amin

Tuesday, June 12, 2012

Monday, April 25, 2011

Kenapa takde orang nak masuk blog aku

Rasenya dah hampir 4 tahun aku buka blog sendiri tapi malangnya sorangpun x pernah nak join blog aku, apa yang kurang ye?..Kecewa rasanya bila takda yang nak join,